Sunday, September 23, 2018

Nor Shamsiah Mohd Yunus

【Move to another page】
Quote
https://ift.tt/2MYLXHH
Nor Shamsiah Mohd Yunus

Triplecaña: Created by translating the page "Nor Shamsiah Mohd Yunus"


Yang Berbahagia Datuk '''Nor Shamsiah Mohd Yunus'''<ref>[https://ift.tt/2O8NwHk Another lady governor for Bank Negara]</ref> merupakan [[Governor of the Central Bank of Malaysia|Gabenor Bank Negara Malaysia]] mulai 1 Julai 2018<ref>[https://ift.tt/2tixhvS Nor Shamsiah dilantik Gabenor BNM, wanita kedua terajui bank pusat]</ref> yang menggantikan Tan Sri [[Muhammad Ibrahim (banker)|Muhammad bin Ibrahim]]. Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara dari tahun 2010 hingga tahun 2013 dan dari tahun 2013 hingga tahun 2016. Kemudian, beliau menyertai [[International Monetary Fund|Tabung Kewangan Antarabangsa]] sebagai Penolong Pengarah Bahagian Pasaran Kewangan dan Modal.<ref>[https://ift.tt/2O2GBja Malaysia picks new central bank chief, she puts focus on stability]</ref>

Beliau adalah wanita kedua yang dilantik sebagai Gabenor Bank Negara selepas Tan Sri Dr [[Zeti Akhtar Aziz]].

== Pendidikan ==
Beliau adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Perakaunan dari University of South Australia dan merupakan seorang akauntan bertauliah (CPA).

== Kerjaya ==

=== Bank Negara Malaysia ===
Beliau telah mula bertugas di Bank Negara Malaysia sejak 1987 lalu. Pada 1999, beliau telah dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pengawalan Bank hingga 2004. Pada 1 Disember 2004, beliau telah telah dilantik sebagai Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia. Pernah bertugas sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara sebanyak dua kali, iaitu pada tahun 2010-2013 dan 2013-2016. Beliau akhirnya telah dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia bermula dari 1 Julai 2018 lalu.<ref>[https://ift.tt/2PVfF1Z Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus Gabenor BNM ke-9]</ref>

=== Tugasan di Bank Negara Malaysia ===
Beliau telah menjalankan tugas dalam bidang pembangunan kewangan, pengurusan strategik sumber manusia, transformasi pembangunan organisasi, pembentukan pengawalan berhemat, dasar dan peraturan pengawalan bank, pengurusan krisis dan insurans.

=== Pengalaman kerjaya lain ===

* Penolong Pengarah Bahagian Kewangan dan Pasaran Modal, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
* Pengarah Urusan, Danamodal Nasional Berhad
* Ahli Panel Pelaburan KWSP
* Ahli Lembaga Pelaburan Tabung Haji

== Sumbangan ==
Beliau terlibat secara langsung dalam penyelesaian [[1997 Asian financial crisis|Krisis Kewangan Asia]] 1998 lalu. Memainkan peranan yang penting juga dalam pembentukan Pelan Induk Sektor Kewangan (2001-2010) dan Pelan Hala Tuju Sektor Kewangan (2011-2020).<ref>[https://ift.tt/2tixhvS Nor Shamsiah dilantik Gabenor BNM, wanita kedua terajui bank pusat]</ref>

== Lihat juga ==
[[Governor of the Central Bank of Malaysia|Gabenor Bank Negara Malaysia]]

== Rujukan ==

[[Category:Governors of the Central Bank of Malaysia]]
[[Category:Malaysian Muslims]]
[[Category:Malaysian women]]

September 23, 2018 at 10:34PM

注目の投稿

List of companies founded by University of Pennsylvania alumni

 投稿 L List of companies founded by University of Pennsylvania alumni 投稿者: Blogger さん 7  Nation's Most Visible Mass Gathering During Cor...

人気の投稿